Dont know tittle aihhhh :)

Selamat jalan wahai kekasihku cinta kita cukup sampai disini, selamat jalan pujaan hatiku ku tak mampu untuk mengejar inginku.. *nyanyi* okay! saja nak sumbangkan suara aku yg sumbang ni sebagai pembuka cerita. alaa, macam dlm cerita kat tv tula, kan starting dia lagu hahaha okay aku tau lagu tu tak kena. tapi aku tengah gilakan lagu tu. kalau nak dengar boleh lah cari tajuknya "Cinta kita berbeda by saleem" . Perghh perghh sempat mempromote bagai hahah mampuih kau laaa, ade aku kesah. XD
Setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan, alam perbelogkan juga sudah ku tinggalkan huhu sekarang terasa macam nak masuk balik ke alam perbelogkan ONLY, taknak masuk alam persekolahan lagi, BOSAN k BOSAN! Perghhh ni baru pengakuan berani mati hahaha kesah pulak aku. Actually aku tak tinggalkan pun alam belog ni, cumaaaaaaaa buzy sikit. almaklumlah, kerja kann. Nak cari duit, nak sambung belajar t, nak kahwin. ehh? hahaha k gurau je :p Dah lama sebenarnya aku nak update blog tapi tula, bila duduk hadap blog, idea kelaut.Almaklumlah, dah lama tak buat karangan, dah habis sekolah kan. phuiii hampeh betul. sekarang tetiba pulak idea datang mencurah curah hahahha so aku pun merajinkan tangan untuk menaip ape benda yang aku fikir. errr? macam lain macam je ayat aku ni? ehh kesah pulak hihihi
Aku tengok batch 96 ni ramai gaklah yang BERJAYA jadi penganggur TERHORMAT. sedih gaklah aku tak berjaya, aku memang takleh lekat kat rumah. mampuihh aku jadi SHANI NO 2.  hahahaha So, sekarang aku kerja kat kilang ROTI SEDAP SDN.BHD . mula mula memang terfikir, what?! kerja kilang?! rasa macam hina gila kerja kilang tapi bila difikir fikir kan balik, why not kalau aku cuba kan. benda kerja tu pun halal kot. Bukan kerja mencuri ke merompak ke membunuh ke hape kan. tu yang decide tu nak kerja kat situ dgn ina and yun.. Bila dah kerja situ, barulah tau.. BAGI AKU kerja kilang lagi best kot. kerjanya pun takdelah berat mana pun.tapi depends kat kilang ape jugak lahh. macam tempat aku kilang roti kan, takdelah kerja berat berat..Masuk pun 8 pagi balik 5 petang, ada OT 2jam sampai pukul 7 je. OT 1jam 6stengah. okay kan? tapi gaji tu okaylahh untuk orang BUJANG macam aku ni hahaha Yang dah kahwin, harap maklum sila cari kerja lain.. huhuuu Tapi mula mula kerja memang lahai penat nak mampuih wa cakap sama lu. yelaa selama ni duduk rumah tidur makan tidur makan je takde buat pape pastu tetiba kena kerja buat itu buat ini, badan kita macam terkejutlaa hahah kelakar tapi kenyataan.. Baru 2minggu kerja, memasing sibuk nak berhenti tak tahan lah penatlahh tapi sampai laa ni jugak masih kerja tak berhenti henti .. malah sekarang masing seronok.. Kat sana yg melayu kitorang je dgn kak ros and kak ani, yg lain myanmar nepal and bangla. so jadi warga asing jap laa. Benda kerja kat sana baru 2minggu, cakap pun dah macam diorang terbalik balik hahahha tak menahan k. terbawak bawak sampai ke rumah ..

Masa pergi interview. Bersyukur sangat kitorang diterima. alhamdulillah XD

Haaa nilah baju roti sedap. Ehh bukan senang k nak dapat, kerja sebulan lebih baru dapat. Sebulan kerja memacam dugaan, dgn strees nya dgn penat letihnya lelahnya perghh! macam nak pergi berperang je hahaha


Awal bulan 3 haritu azlin baru masuk, tapi sedih start bulan 4 tinggal aku dengan ina je yg kerja. Yun eton and azlin kena pergi PLKN arghhhhhh benci gila k! sedih tinggal berdua dengan ina hmm :(
tapi pun nak buat acano, nak taknak kena teruskan gak. kalau nak cari kerja lain, kat mana lagi lahai yg nak terima muka kitorang ni kan.. myanmar myanmar kat sana so sweet k, muka sedih gila dengar diorang nak berhenti hahahah  Benda kat sana memasing ada peminat k. Paling banyak peminat, si yun laa. aku ranking ke 2. tak famous macam yun hahahah cantik boleh laaa~ lalalalalal hahahah
kerja hadap makanan, rasa asyik nak makan je. bila makan nanti diorang bising " asyik makan je, blablablablaa" sebel aku. Bila tak makan nanti si nepal2 tu yg bising pulak "hey puci, you tak mau makan ka?Blablablabla" mesti blur kan? puci tu ape hahaha. orang nepal panggil aku puci. maksudnya pendek. Kwajak kann?! orang bangla panggil baby hahaha sebab aku paling pendek n kecik. lagi satu orang myanmar yg suka aku tu namanya bby. orang2 kat kilang tu semua panggil dia bby, so aku pun kena tempiasnya sekali haha. myanmar je panggil ein, yg lain hampeh tak reti sebut hahaha 

Okay dah boleh abaikan pasal kerja myanmar nepal bangla tu semua. dorang tak penting! Yang penting ni haaa, 20/3 tarikh ape wehh? Gilaa sape yang tak tahu. Tarikh penting dol untuk batch'96 .. Result SPM keluar lah gila! benda aku takde rasa pape pun, takut tak seram tak gelabah tak macam benda tu tak penting jee.. tapi bila nak amik, time mandi tu baru rasa takut, pastu sesiap tu hati dah seram sejuk . Dalam kereta masa otw nk pergi sekolah amar dah call tanya result.Dia cakap dia dah tahu dia punya result, perghh! time tu lagilahh menggelabah aku. takut seram gelabah semua ada.. Dah sampai sekolah haa amik kau, tangan sampai menggigil .. Alhamdulillah lulus. cuma sedih tak dapat result yg cemerlang, nama pun tak dipanggil naik ke atas pentas. sedih gila! Berdiri depan teacher nak amik result tangan masih menggigil, sampai nak pegang pen pun tak boleh hahaha lawak k. dah dapat tu baru rasa lega SIKIT cuma perasaan SEDIH TETAP ADA.. Benda aku rasa takda ape yg nak dibanggakan, ape yg aku target tak dapat kot. BM and Math target A+ tapi dapat A je. Akaun A dapat A-  .. Arghhhh rasa macam ape je. nak menyesal pun dah tak guna  hmm :'(  
Ramai gak yang dapat keputusan gempak, for them congratulation k. Sekarang ni nak tuntut MCD daripada nana and abang aku . mu tunggu jelaa huhuhuuu 

Haa cakap pasal abang aku ni, rindu pulak kat dia hahaha 
Kenal dia time kerja jadi Promoter The Store masa bulan 1. hahaha Dia dah nak kahwin hujung tahun ni, Inshaa Allah. lepas tu turn aku pulak. Ehh? hehehe wa gurau je beb. lek lu lekk lu. 



Okay done, cukuplah dah panjang lebar aku membebel sensorang. nak mandi dulu sebab lepas ni nak pergi kenduri kahwin kawan lama kakak aku..Dia sebaya kakak aku 20 tahun dah kahwin, kakak aku ni tah bila lagi tah haihhhh.. cepatlah kawin cepatlah cepatlah. teringin nak ade ANAK. buah. Jangan pikir lain ek hahahah Harini aku tak kerja so mandi lelambat pun gakpo. tetap wangi k . tak percaya tanya aku. Daaa~ Assalamualaikum :)

Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD