PERBUALAN RASULULLAH & IBLIS


Hari hari macam ni aku rasa boleh gila tau.. aku tak tahu penyakit ape tah datang tetiba bila pejam mata nampak muka dia. bila nampak muka dia je aku pejam mata.. semak ahh! otak aku ligat fikirkan pasal dia, tak semena mena je kena perah otak fikir pasal dia, buat pening kepala aku je hish! mengada ! dengan langkah yg longlai, tangan dan jari jemari ku menekan nekan keyboard untuk onl, seperti biasa .. berfacebook bertwitter dan berbelog jika tidak ketandusan idea.. sebenarnya emosiku cukup terganggu hari ni. first jalan cerita novel "Amar Farish by Nuraqilah Syuhaida ni ada yang tension tension sekali gus mengganggu dan menegangkan emosiku. second, knp tetiba dia massage setalah berapa hari tah dia hilang mcm tu je tanpa sebarang pametan dan khabar.. dia ingat aku ape, sesuka hati datang dan pergi macam tu je. pelangkung kepala kau tahu laaa ! sebenarnya pun, memang dia selalu macam ni tapi tahlah, cuma aku terlebih sensitif sikit lately ni.. i dont know why.. third.. biarlah rahsia hehee 
dengan rasa yg amat membosankan aku berfacebook dan mengelike ngelike. lagi sekali hatiku begitu tertarik untuk membaca status makhluk allah ni.. dan rakusnya aku terfikir, kongsi kat blog pun best jugak ni.. so now, im writting this sebab nak share kat sesiapa yang membacanya.. tak baik kedekut ilmu kan? bukan bangga or riak ke apa tapi rasanya macam satu tanggungjawab as muslim untuk menyebarkan ilmu kot. hahaaa  tajuknyaa di sini ialahhh 

    "PERBUALAN RASULULLAH & IBLIS"

Rasulullah bertanya : apa yg kau rasa jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?
Iblis menjawab : aku merasa panas dingin dan gementar
Rasulullah : kenapa?
Iblis : sebab setiap seorang hamba bersujud 1x kpd Allah, Allah mengangkat 1 darjatnya 
Rasulullah : jika seorang umatku berpuasa?
Iblis : tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka
Rasulullah : jika ia berhaji?
Iblis : aku seperti orang gila
Rasulullah : jika ia membaca al-Quran?
Iblis : aku merasa meleleh laksana timah diatas api
Rasulullah : jika ia bersedeqah?
Iblis : itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji
Rasulullah : mengapa boleh begitu?
Iblis : sebab dalam sedeqah ada 4 keuntungan baginya iaituuu :-
  • keberkatan dalam hartanya
  • Hidup disukai
  • sedeqah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka
  • terhindar daripada segala macam musibah akan terhalau dari dirinya
Rasulullah : apa yg dapat mematahkan pinggangmu?
Iblis : suara kuda perang dijalan Allah
Rasulullah : apa yg dapat melelehkan tubuhmu?
Iblis : taubat orang yg bertaubat
Rasulullah : apa yg dapat membakar hatimu?
Iblis : istigfar di waktu siang & malam
Rasulullah : apa yg dapat mencoreng diwajahmu?
Iblis : sedeqah yg diam diam 
Rasulullah : apa yg dapat menusuk matamu?
Iblis : solat fajar
Rasulullah : apa yg dapat memukul kepala mu?
Iblis : solat berjemaah
Rasulullah : apa yg paling mengganggumu?
Iblis : majlis para ulama
Rasulullah : bagaimana cara makanmu?
Iblis : dengan tangan kiri dan jariku
Rasulullah : di manakah kau menaungi anak anakmu dimusim panas?
Iblis : dibawah kuku manusia 
Rasulullah : Siapa temanmu wahai iblis?
Iblis : Penzina 
Rasulullah : siapa teman tidurmu
Iblis : pemabuk
Rasulullah : siapa tamumu?
Iblis : pencuri
Rasulullah : siapa utusanmu?
Iblis : tukang sihir (dukun)
Rasulullah : apa yg membuatmu gembira?
Iblis : bersumpah dengan bercerai
Rasulullah : siapa kekasihmu?
Iblis : orang yang meninggalkan solat jumaat
Rasulullah : siapa manusia yg paling membahagiakanmu?
Iblis : orang yang tinggalkan solatnya dengan sengaja 

Begitulah alkisahnyaa. Allahurabbi .. astagfirullah~ sama sama lah kita amik pengajarannya disini yaa? hm mata pun dah kuyu habis ni.. masa taip pun aku tengok benda ni kecik besar besar kecik je. tak tahula ada silap tulis ke tak. maklumlahh~ den dah nak beradu ni.. kepala dah mula pusing pusinggg . tapi sebelum tu kepada semua yg mengetahui akan hal ini, tolonglah sebarkan kpd org ramai agar mereka juga tahu kelemahan iblis.. kalau kita boleh sebarkan gossip tanpa paksaan dan rayuan mengapa hal ni tak boleh disebar tanpa paksaan dan rayuan kan? eh betul ke tak aku cakap ni. pepandailah fahamkan yee.. so, renung renungkan dan selamat beramal .. selamat malam ~ assalamualaikum XD

Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD

SEGMEN ILMU !


hey si kacak dan jelita. im back. again! hahaa. bila dah dapat merapu dalam belog ni sekali, terasa nak paha pulak. dandan keinginan nak berbelog datang hahaa. gian pulak kann. dan semakin rancak jari jemariku menekan keyboard.. memalam ni hampir pukul 12 walaupun mata dah kuyu tinggal nak pejam je ni, aku tetap gagahkan diri untuk berbelog. bukan apa, sekadar untuk berkongsi ilmu yang baruuuu je aku dapat. aku berbelog ni pun selepas aku katamkan novel sayang 3 dalam 1 by weeda airiza.. mulanya aku nak terus tidur lepas habis membaca tapi lepas tamat je ceritanya tetiba terselak muka surat sebelahnya dan keinginan nak membaca tu tinggi sangat. tajuknya SEGMEN ILMU. segmen ilmu ni betul betul menarik perhatianku sampai aku sanggup menangguhkan date ku bersama En.katil ..sebab itu aku gigihkan diri untuk berbelog dengan niat dapat dikongsikan kpd sesiapa yg membaca~ ni pun salah satu inisiatif  aku je.. tak salah kan? jadi, sebelum aku melarat merapu tah kebenda baik aku street je kan? kang tak pasal pasal lain pulak cerita yg aku nak cerita.. 

"SEGMEN ILMU"

----------------->AL-QURAN<--------------------

Firman ALLAH : "wahai manusia! sungguh, pelajaran (Al-quran) telah datang kepadamu dari TUHANmu penyembuh bagi penyakit dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bgagi orang yg beriman." - Surah Yunus ayat 57

        Allah S.W.T menurunkan al-Quran sbg satu mukjizat yg membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan kewujudan ALLAh S.W.T dengan segala sifat2 kesempurnaan-NYA. Al-Quran merupakan kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat islam.
       Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dan diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W. Sejak baginda dilantik menjadi rasulullah dan selesai apabila baginda hampir wafat iaitu dalam tempoh 23tahun. 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah al-Munawwarah.
           Al-Quran mempunyai 114 surah. ayat2 al-Quran yg diturunkan di mekah atau sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dinamakan ayat2 Madaniyyah.


  • AYAT MAKIYYAH.
             
                   Terdiri daripada 86 surah dan lebih pendek daripada ayat2 madanniyah.Ayat2nya mengandungi hal hal yang berhubungan dengan keimanan,ancaman,dan pahala serta kisah kisah umat yg terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

  • AYAT MADANNIYAH

                     Terdiri daripada 28 surah dan lebih panjang daripada ayat ayat makiyyah. Ayat ayatnya mengandungi tentang hukum hukum,baik yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum hukum duniawi, seperti hukum  kemasyarakatan,hukum ketatanegaraan,hukum perang,hukum internasional,hukum antara agama dan lain lain lagi..
 

------------------>MEMBACA AL-QURAN<-------------------

                              Membaca al-Quran dan menghayati serta mengamalkannya adalah satu ibadah. Terdapat banyak kelebihan membaca al-Quran kerana ianya juga merupakan penyembuh utama segala penyakit. Antara kelebihan membaca al-Quran ialah :-

  • Mengikut Ibn Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
  • Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. Pembaca juga akan dilindungi daripada godaan syaitan.
  • Pada hari kiamat, al-Quran akan menjadi pembela dan dapat perlindungan  di padang mahsyar nanti.
  • Pembaca akan memperoleh keamanan didunia dan kemuliaan disyurga.
  • Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga dan juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.  SUBHANALLAH~
 

------>MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN<------

  • Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah PALING utama.
  • Antara magrib dan isyak
  • sesudah solat subuh
AMALAN BEBERAPA AYAT DAN SURAH KHUSUH.

  • surah al-Ikhlas - menyamai satu pertiga al-Quran . Dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di Syurga
  • surah al-Falaq & surah al-Nas - Dibaca 3kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.
  • ayat Kursi (surah al-Baqarah, ayat 225) - Dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga,setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat. Pahalanya menyamai satu perempat al-Quran.
  • Membaca bismillahirrahmanirrahim - Digalakkan membaca 21 kali sebelum tidur
  • surah al-Fatihah - dibaca 20 kali selepas setiap solat fardu merupakan amalan para solehin.
  • surah al-Mukmin ayat1-3 - dibaca untuk keselamatan..
UNTUK RUJUKAN LANJUT :-
Alhamdulillah,siap sudah tugasku untuk menyebarkan ilmu walaupun hanya sedikit.. jadi sekarang bolehlah aku meneruskan date ku bersama En.Katil dan beradu bersamanya. haahaa tetapi mataku seperti biasa segar kembali. apa yang harus ku lakukan selepas ini? urghhh no idea.. aku berharap dia akan call menjadi peneman sehingga mata ku kembali layu dan dibuai mimpi yang indah. semoga Allah mendengar doa dan permintaan ku. dengan lafaz bismillah aku menamatkan per-belog-kan aku disini agar aku dapat beradu dengan indah . Kepada kacak kacak dan si cantik cantik semua,teruskan membaca beramal dan senyum. selamat malam~ Assalamualaikum :)


Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD

DOKUMEN? -.-''


Hari ini sekali lagi aku menanam memetik dan memakan anggur tanpa menjual, sebabtu aku pokai manjang ahahaa. jadi.. untuk mengisi keceriaan hariku dengan rasa penuh ting tong aku onl. berfacebook bertwitter dan berbelog sekali lagi.. sedang aku khusyuk berfacebook , tiba tiba ada seorang makhluk Allah IM aku bertanya kan benda yang pepelik bagiku.. aku pun tak tahu kenapa. begitu aneh. kadang ia begitu menakutkan dan menyeramkan tapi ku layankan sahaja sekadar untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai perkara yang diusulkan. hahaa mesti pelikkan dah kenapa bahasa aku ni aneh anehh. maklumlahh pembawakan novel.. kihhkihhkihh memang aku sukakan duit. tanyalah sesapa pun,semua sukakan duit tapi aku tidak begitu obses .. dia menawarkan kerja kepadaku dengan gaji yg begitu lumayan sehingga mencecah RM3000 RM5000 SEBULAN. hatiku berbelah bagi untuk mempercayainya tapi ku layankan sahaja memandangkan hariku begitu bosan. dari gayanya nampak baik, starting IM dengan aku didahulukan dengan Assalamualaikum. tapi tetap kuingatkan pada diriku agar tidak terlalu cepat mempercayai seseorang daripada luarannya sahaja.. hatiku juga tidak yakin dengan apa yang dikatakannya. entah mengapa otak ku ligat berfikir kalau kalau dia hanya menipu, mungkin salah satu trick untuk jualku or menjadi keldai dadah or apa sahaja yang berkemungkinan akan berlaku.. facebook bukan boleh dipercayai sangat. kadang kadang facebook lah punca maruah tergadai dan sebagainya.. jadi aku hanya membaca conversationnya umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. untuk lebih lanjut lagi jum kita baca conversation aku dengannya yang dikenali sebagai Muhd Amir

Muhd Amir     : Assalamualaikum, eryzzane
Eyzzane Kamal : Waalaikumsalam, yup
Muhd Amir     : akak student uitm shah alam?
Eyzzane Kamal : akak?akak siapa? *bertanyakan pelik*
Muhd Amir     : awaklah.. siapa lagi belajar dekat uitm shah alam ke?
Eyzzane Kamal : eh taklah. memang saya baru habis belajar tp result tak dapat lg. knp?
Muhd Amir     : ada kenal dengan pelajar name dia anne?
Eyzzane Kamal : budak mana?umurnya berapa?macam takda je
Muhd Amir     : ada umur dia 19 tahun .. tetapi .. bakal jadi jutawan ..serius sya tak tipu kak
Eyzzane Kamal : haa? kenapa bagitahu saya?dia ada kena mengena dgn awak ke?
Muhd Amir     : ada...
Eyzzane Kamal : apa yg ada?
Muhd Amir     : okey... umur saya 19 tahun sama juga dgn anna tetapi kite org dah pegang duit sebegitu banyak pada masa yg muda... just buat dokumen aeon sahaja... setiap 28 hari gaji masuk 3000 sebulan... sedangkan saya yg masih mentah dah fikir masa hadapan... akak bile lg? anna bekerja buat dokumen jugak... dengan saya saya nak bgtahu akaknya anna umur die 19 tahun tetapi dlm acc dia setiap bulan masuk 18,000 sebulan
 siapa nak bg
Eyzzane Kamal : awak tu 19 tahun saya ni 17 tahun, kenapa panggil saya akak? cukuplah tu tak perlu berkias kias lg
Muhd Amir     : Okey, im sorry... saya tak tahu. just smile
Eyzzane Kamal : street to the point bgtahu saya apa yg awak nak dari saya?
Muhd Amir     : okey bekerja tak?
Eyzzane Kamal : kerja. knp?
Muhd Amir     : just tanya
Eyzzane Kamal : ouh okey
Muhd Amir     : kerja tak?
Eyzzane Kamal : kerjaaaaaaaaa
Muhd Amir     : okey ... pernah pegang duit sebanyak 3000? 5000? atw 10,000?sebulan?
Eyzzane Kamal : kenapa? haruskah saya bgtahu?
Muhd Amir     : okey tk?sorry okey takpe
Eyzzane Kamal : apa yg awak cuba nak sampaikan sebenarnya?can you just street to the point
Muhd Amir     : pendapatan saya sebulan 3000. dan tempat saya masih ada kekosongan. kalau awak bekerja takpe teruskan kerja bendanye just 4time sahaja duduk rumah pon boleh buat nak  
okey... awak nak buat dokumen tak?duduk rumah pon takpe?
Eyzzane Kamal : dokumen apa?
Muhd Amir     : aeon. itupun kalau sudi
Eyzzane Kamal : dokumen aeon tu apa?saya tak tahu apa apa sorry
Muhd Amir     : senang dan mudah sedangkan saya boleh buat...kenapa awak tak boleh buat pulak... 1masa nanti dengan gaji bulanan awak tu tak cukup untuk awak percayalah
Eyzzane Kamal : untuk apa dokumen tu?kalau awak boleh buat sendiri.untuk apa suruh saya tolong buatkan?kalau awak yg buat sendiri,bukankah untung tu awak yg akan dapat. sekali gus menambahkan pendapatan awak yg banyak tp tidak mencukupi
Muhd Amir     : saya boleh buat sendiri... tetapi.. tempat saya masih ada kekosongan, kalau nak ajak kawan2 pun takpe,, boleh
Eyzzane Kamal : saya masih tak faham, buat dokumen tu untuk apa?
Muhd amir    : mungkin awak tak faham lg, okey takpe.. untuk jualan barang sahaja... urm macam mana nak nak fahamkan awaknye ye.. urm video call jom
Eyzzane Kamal : takpelah, terima kasih. saya tak biasa. mungkin saya akan rasa rugi kerana melepaskan peluang untuk pegang duit sebanyak tu tp takpelah saya tak berani.. saya perlu berhati hati.. sekarang ni dengan duit semua benda boleh jadi
Muhd Amir     : yep memang betul kata awak tu...tapi bila kita nak senang awak mesti tunggu peluang yg datang kan? tapi peluang apa? xde pa2x skrgnye peluang yg carik awak, k takpe rasa2x awak kalau nak buat awak call saya k?awak bawak ayah awak sekali pun tak mengapa..
Eyzzane Kamal : Inshaa allah
Muhd amir    : awak masih mude..jgn lepaskan peluang yg ada,kalau ada pakwe bawak sekali cakap je nak jumpe kat mana k? sye dtg... btw, thanks sbb dapat ulurkan masa dgn saya punye cite k? assalamualaikum
Eyzzane Kamal : maaflah, hati saya belum cukup kuat dan belum cukup yakin.. maaf sebab banyak bertanya  itu ini.. waalaikumsalam
Muhd Amir   : tak mengapa just smile
Eyzzane Kamal : :-)
Muhd amir    : you just smile everyday dada

selepas itu aku pun off facebook dan meneruskan onl dengan berbelog, otakku juga berfikir harus diterima atau tidak? tapi hati kecilku berkata jangan! tak takut ke kalau kalau dia hanya menipu?tak takut ke kalau kalau maruah kau tergadai nanti?tak takut ke kalau kau jadi keldai dadah nanti? macam macam yg kufikirkan. tapi aku tak tahu sejauh mana kebenaran kata kata dia. mungkin aku perlu melupakannya.. rezeki itu sudah ditetapkan olehNYA cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. wallahualam~ 

Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD

TANDA TANDA KIAMAT


Lepas spm ni kerja aku dengan anggur je. tanam anggur petik anggur makan anggur tapi tak jual jual. tu yang pokai kemain lagi tuu. nak kerja tapi ada komitmen tu yang susah sikit tu. hm macam ni sampai bila pun dengan anggur jelah jawabnya. balik drpd petik lepastu tanam lagi anggur aku pun baring tengok tv sambil kaki bersilang dan goyang goyang acah acah macam bos gitu kan. kemain kau. lepas tu kebosanan tahap infinity memaksa hatiku untuk berfacebook dan bertwitter.. log in punya log in lepas tu baca status then like. baca punya baca then like. itu jela kerja aku.. nak IM org tengok mcm krikk krikk je, bila IM nanti tak tahu nak cakap apa kan. bila aku tengah peramah tanya itu ini dibalasnya "haah" "hm" "okay" "ouhh" hm memang mintak ditanam hihidup tu. bila aku takda mood diorg IM tanya memacam itu ini aku pulak "ouhh" "hmm" "okay" "haah" "klah,ada hal bye" tapi still onl nampak sangat aku malas nak layan hahaa punya kejam aku ni hahaa ada aku kesah? :-p aku ni bab mengarut over doh, lain nak dicerita lain yg diceritanya..
okay,lets continue. Baca punya baca punya baca punya baca dan baca tetiba terlike satu status ni tajuknya tanda tanda kiamat... aku pun bacalah, agak seram juga. dan disebabkan status itulah aku update blog untuk share status yg aku baca tu dengan kengkorang semua. ayat memula dia agak menyentapkan aku beb."Kita boleh baca novel sampai beribu ribu muka surat,takkan tak boleh baca status ni yg hanya memakan masa lebih kurang 5minit je" dengan hati yg sentap aku pun baca.okaylah,tanpa melengahkan masa jum kita baca ...

KIAMAT MENURUT AGAMA ISLAM DITANDAI DENGAN BEBERAPA PETANDA:-

  • Kemunculan imam mahdi
  • kemunculan dajjal
  • turunnya nabi Isa (AS)
  • kemunculan yakjuj dan makjuj
  • Terbitnya matahari dari barat ke timur
  • pintu pengampunan akan ditutup
  • dab'bat al-ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar benarnya
  • kabut selama 40hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda tanda kiamat lainnya
  • sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  • kemusnahan/runtuhnya ka'abah
  • tulisan Al-Quran akan lenyap
  • sangka kala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  • tiupan sangka kala yang kedua akan membuat semua makhluk yang hidup mati dan yang ketiga membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain,akan Ku buatkan tempat disyurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan bbm,promote,bc yang terlalu penting tapi bila kirim berkaitan ibadah mesti pikir 2x

Allah SWT berfirman :
"Jika engkau lebih mengejar duniawi drpd mengejar dekat denganKu maka aku berikan,tapi AKU akan menjauhkan kalian dari syurgaku"

Itulah yang dimaksudkan dajjal yang bermata satu: ertinya hanya memikirkan duniawi drpd akhirat. Kerugian meninggalkan solat :-
  • Subuh :- cahaya wajah akan pudar
  • zohor :- berkat pendapatan akan hilang
  • asar :- Kesihatan mulai terganggu
  • magrib :- pertolongan anak akan jauh diakhirat nanti
  • isyak :- kedamaian dalam tidur sukar didapatkan 
Sebarkan dengan ikhlas.tiada paksaan dalam agama.Niatkan ibadah (sebarkan ilmu walau 1 ayat)

NASIHAT kubur :-
  • aku adalah tempat yang paling gelap diantara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
  • aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHMI
  • aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak membaca AL-QURAN
  • aku adalah tempatnya binatang binatang yang menjijikkan maka racuni ia dengan amal SEDEQAH
  • aku yang menyempitkanmu hingga hancur bilamana tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
  • aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit,bebaskan rendaman itu dengan PUASA
  • aku adalah tempat munkar dan nakir bertanya,maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucap kalimah LAILAHAILALLAH
kirim ini seikhlasmu dan semampumu kpd sesama muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 orang..
  • kerana saat kamu membawa AL-QURAN ,syaitan hanya biasa biasa saja
  • saat kamu membukanya syaitan mula curiga
  • saat kamu membacanya syaitan mula gelisah
  • saat kamu memahaminya ia kejang kejang
  • saat kamu mengamalkan al-quran dalam sehari hari, ia stroke
terus dan terus membaca dan amalkannya agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
ketika anda ingin menyebarkan lagi lagi syaitan akan mencegahnya.

Syaitan berbisik :-
"sudahlah tak payah diSEBARKAN tak penting pun BUANG MASA je tak mungkin akan dibaca"

sekecil apapun amal ibadah Allah SWT menghargai puluhan kai ganda ..

Renung-renungkan dan selamat beramal..  Wallahualam~
Sekian sahaja aku nak sambung bertanam dan berpetik serta memakan dan menjual *kalau laku* anggur .. hahaa byee 






Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD