PERBUALAN RASULULLAH & IBLIS


Hari hari macam ni aku rasa boleh gila tau.. aku tak tahu penyakit ape tah datang tetiba bila pejam mata nampak muka dia. bila nampak muka dia je aku pejam mata.. semak ahh! otak aku ligat fikirkan pasal dia, tak semena mena je kena perah otak fikir pasal dia, buat pening kepala aku je hish! mengada ! dengan langkah yg longlai, tangan dan jari jemari ku menekan nekan keyboard untuk onl, seperti biasa .. berfacebook bertwitter dan berbelog jika tidak ketandusan idea.. sebenarnya emosiku cukup terganggu hari ni. first jalan cerita novel "Amar Farish by Nuraqilah Syuhaida ni ada yang tension tension sekali gus mengganggu dan menegangkan emosiku. second, knp tetiba dia massage setalah berapa hari tah dia hilang mcm tu je tanpa sebarang pametan dan khabar.. dia ingat aku ape, sesuka hati datang dan pergi macam tu je. pelangkung kepala kau tahu laaa ! sebenarnya pun, memang dia selalu macam ni tapi tahlah, cuma aku terlebih sensitif sikit lately ni.. i dont know why.. third.. biarlah rahsia hehee 
dengan rasa yg amat membosankan aku berfacebook dan mengelike ngelike. lagi sekali hatiku begitu tertarik untuk membaca status makhluk allah ni.. dan rakusnya aku terfikir, kongsi kat blog pun best jugak ni.. so now, im writting this sebab nak share kat sesiapa yang membacanya.. tak baik kedekut ilmu kan? bukan bangga or riak ke apa tapi rasanya macam satu tanggungjawab as muslim untuk menyebarkan ilmu kot. hahaaa  tajuknyaa di sini ialahhh 

    "PERBUALAN RASULULLAH & IBLIS"

Rasulullah bertanya : apa yg kau rasa jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?
Iblis menjawab : aku merasa panas dingin dan gementar
Rasulullah : kenapa?
Iblis : sebab setiap seorang hamba bersujud 1x kpd Allah, Allah mengangkat 1 darjatnya 
Rasulullah : jika seorang umatku berpuasa?
Iblis : tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka
Rasulullah : jika ia berhaji?
Iblis : aku seperti orang gila
Rasulullah : jika ia membaca al-Quran?
Iblis : aku merasa meleleh laksana timah diatas api
Rasulullah : jika ia bersedeqah?
Iblis : itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji
Rasulullah : mengapa boleh begitu?
Iblis : sebab dalam sedeqah ada 4 keuntungan baginya iaituuu :-
  • keberkatan dalam hartanya
  • Hidup disukai
  • sedeqah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka
  • terhindar daripada segala macam musibah akan terhalau dari dirinya
Rasulullah : apa yg dapat mematahkan pinggangmu?
Iblis : suara kuda perang dijalan Allah
Rasulullah : apa yg dapat melelehkan tubuhmu?
Iblis : taubat orang yg bertaubat
Rasulullah : apa yg dapat membakar hatimu?
Iblis : istigfar di waktu siang & malam
Rasulullah : apa yg dapat mencoreng diwajahmu?
Iblis : sedeqah yg diam diam 
Rasulullah : apa yg dapat menusuk matamu?
Iblis : solat fajar
Rasulullah : apa yg dapat memukul kepala mu?
Iblis : solat berjemaah
Rasulullah : apa yg paling mengganggumu?
Iblis : majlis para ulama
Rasulullah : bagaimana cara makanmu?
Iblis : dengan tangan kiri dan jariku
Rasulullah : di manakah kau menaungi anak anakmu dimusim panas?
Iblis : dibawah kuku manusia 
Rasulullah : Siapa temanmu wahai iblis?
Iblis : Penzina 
Rasulullah : siapa teman tidurmu
Iblis : pemabuk
Rasulullah : siapa tamumu?
Iblis : pencuri
Rasulullah : siapa utusanmu?
Iblis : tukang sihir (dukun)
Rasulullah : apa yg membuatmu gembira?
Iblis : bersumpah dengan bercerai
Rasulullah : siapa kekasihmu?
Iblis : orang yang meninggalkan solat jumaat
Rasulullah : siapa manusia yg paling membahagiakanmu?
Iblis : orang yang tinggalkan solatnya dengan sengaja 

Begitulah alkisahnyaa. Allahurabbi .. astagfirullah~ sama sama lah kita amik pengajarannya disini yaa? hm mata pun dah kuyu habis ni.. masa taip pun aku tengok benda ni kecik besar besar kecik je. tak tahula ada silap tulis ke tak. maklumlahh~ den dah nak beradu ni.. kepala dah mula pusing pusinggg . tapi sebelum tu kepada semua yg mengetahui akan hal ini, tolonglah sebarkan kpd org ramai agar mereka juga tahu kelemahan iblis.. kalau kita boleh sebarkan gossip tanpa paksaan dan rayuan mengapa hal ni tak boleh disebar tanpa paksaan dan rayuan kan? eh betul ke tak aku cakap ni. pepandailah fahamkan yee.. so, renung renungkan dan selamat beramal .. selamat malam ~ assalamualaikum XD

Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD