SEGMEN ILMU !


hey si kacak dan jelita. im back. again! hahaa. bila dah dapat merapu dalam belog ni sekali, terasa nak paha pulak. dandan keinginan nak berbelog datang hahaa. gian pulak kann. dan semakin rancak jari jemariku menekan keyboard.. memalam ni hampir pukul 12 walaupun mata dah kuyu tinggal nak pejam je ni, aku tetap gagahkan diri untuk berbelog. bukan apa, sekadar untuk berkongsi ilmu yang baruuuu je aku dapat. aku berbelog ni pun selepas aku katamkan novel sayang 3 dalam 1 by weeda airiza.. mulanya aku nak terus tidur lepas habis membaca tapi lepas tamat je ceritanya tetiba terselak muka surat sebelahnya dan keinginan nak membaca tu tinggi sangat. tajuknya SEGMEN ILMU. segmen ilmu ni betul betul menarik perhatianku sampai aku sanggup menangguhkan date ku bersama En.katil ..sebab itu aku gigihkan diri untuk berbelog dengan niat dapat dikongsikan kpd sesiapa yg membaca~ ni pun salah satu inisiatif  aku je.. tak salah kan? jadi, sebelum aku melarat merapu tah kebenda baik aku street je kan? kang tak pasal pasal lain pulak cerita yg aku nak cerita.. 

"SEGMEN ILMU"

----------------->AL-QURAN<--------------------

Firman ALLAH : "wahai manusia! sungguh, pelajaran (Al-quran) telah datang kepadamu dari TUHANmu penyembuh bagi penyakit dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bgagi orang yg beriman." - Surah Yunus ayat 57

        Allah S.W.T menurunkan al-Quran sbg satu mukjizat yg membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan kewujudan ALLAh S.W.T dengan segala sifat2 kesempurnaan-NYA. Al-Quran merupakan kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat islam.
       Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dan diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W. Sejak baginda dilantik menjadi rasulullah dan selesai apabila baginda hampir wafat iaitu dalam tempoh 23tahun. 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah al-Munawwarah.
           Al-Quran mempunyai 114 surah. ayat2 al-Quran yg diturunkan di mekah atau sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dinamakan ayat2 Madaniyyah.


  • AYAT MAKIYYAH.
             
                   Terdiri daripada 86 surah dan lebih pendek daripada ayat2 madanniyah.Ayat2nya mengandungi hal hal yang berhubungan dengan keimanan,ancaman,dan pahala serta kisah kisah umat yg terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

  • AYAT MADANNIYAH

                     Terdiri daripada 28 surah dan lebih panjang daripada ayat ayat makiyyah. Ayat ayatnya mengandungi tentang hukum hukum,baik yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum hukum duniawi, seperti hukum  kemasyarakatan,hukum ketatanegaraan,hukum perang,hukum internasional,hukum antara agama dan lain lain lagi..
 

------------------>MEMBACA AL-QURAN<-------------------

                              Membaca al-Quran dan menghayati serta mengamalkannya adalah satu ibadah. Terdapat banyak kelebihan membaca al-Quran kerana ianya juga merupakan penyembuh utama segala penyakit. Antara kelebihan membaca al-Quran ialah :-

  • Mengikut Ibn Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
  • Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. Pembaca juga akan dilindungi daripada godaan syaitan.
  • Pada hari kiamat, al-Quran akan menjadi pembela dan dapat perlindungan  di padang mahsyar nanti.
  • Pembaca akan memperoleh keamanan didunia dan kemuliaan disyurga.
  • Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga dan juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.  SUBHANALLAH~
 

------>MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN<------

  • Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah PALING utama.
  • Antara magrib dan isyak
  • sesudah solat subuh
AMALAN BEBERAPA AYAT DAN SURAH KHUSUH.

  • surah al-Ikhlas - menyamai satu pertiga al-Quran . Dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di Syurga
  • surah al-Falaq & surah al-Nas - Dibaca 3kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.
  • ayat Kursi (surah al-Baqarah, ayat 225) - Dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga,setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat. Pahalanya menyamai satu perempat al-Quran.
  • Membaca bismillahirrahmanirrahim - Digalakkan membaca 21 kali sebelum tidur
  • surah al-Fatihah - dibaca 20 kali selepas setiap solat fardu merupakan amalan para solehin.
  • surah al-Mukmin ayat1-3 - dibaca untuk keselamatan..
UNTUK RUJUKAN LANJUT :-
Alhamdulillah,siap sudah tugasku untuk menyebarkan ilmu walaupun hanya sedikit.. jadi sekarang bolehlah aku meneruskan date ku bersama En.Katil dan beradu bersamanya. haahaa tetapi mataku seperti biasa segar kembali. apa yang harus ku lakukan selepas ini? urghhh no idea.. aku berharap dia akan call menjadi peneman sehingga mata ku kembali layu dan dibuai mimpi yang indah. semoga Allah mendengar doa dan permintaan ku. dengan lafaz bismillah aku menamatkan per-belog-kan aku disini agar aku dapat beradu dengan indah . Kepada kacak kacak dan si cantik cantik semua,teruskan membaca beramal dan senyum. selamat malam~ Assalamualaikum :)


Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD