TANDA TANDA KIAMAT


Lepas spm ni kerja aku dengan anggur je. tanam anggur petik anggur makan anggur tapi tak jual jual. tu yang pokai kemain lagi tuu. nak kerja tapi ada komitmen tu yang susah sikit tu. hm macam ni sampai bila pun dengan anggur jelah jawabnya. balik drpd petik lepastu tanam lagi anggur aku pun baring tengok tv sambil kaki bersilang dan goyang goyang acah acah macam bos gitu kan. kemain kau. lepas tu kebosanan tahap infinity memaksa hatiku untuk berfacebook dan bertwitter.. log in punya log in lepas tu baca status then like. baca punya baca then like. itu jela kerja aku.. nak IM org tengok mcm krikk krikk je, bila IM nanti tak tahu nak cakap apa kan. bila aku tengah peramah tanya itu ini dibalasnya "haah" "hm" "okay" "ouhh" hm memang mintak ditanam hihidup tu. bila aku takda mood diorg IM tanya memacam itu ini aku pulak "ouhh" "hmm" "okay" "haah" "klah,ada hal bye" tapi still onl nampak sangat aku malas nak layan hahaa punya kejam aku ni hahaa ada aku kesah? :-p aku ni bab mengarut over doh, lain nak dicerita lain yg diceritanya..
okay,lets continue. Baca punya baca punya baca punya baca dan baca tetiba terlike satu status ni tajuknya tanda tanda kiamat... aku pun bacalah, agak seram juga. dan disebabkan status itulah aku update blog untuk share status yg aku baca tu dengan kengkorang semua. ayat memula dia agak menyentapkan aku beb."Kita boleh baca novel sampai beribu ribu muka surat,takkan tak boleh baca status ni yg hanya memakan masa lebih kurang 5minit je" dengan hati yg sentap aku pun baca.okaylah,tanpa melengahkan masa jum kita baca ...

KIAMAT MENURUT AGAMA ISLAM DITANDAI DENGAN BEBERAPA PETANDA:-

  • Kemunculan imam mahdi
  • kemunculan dajjal
  • turunnya nabi Isa (AS)
  • kemunculan yakjuj dan makjuj
  • Terbitnya matahari dari barat ke timur
  • pintu pengampunan akan ditutup
  • dab'bat al-ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar benarnya
  • kabut selama 40hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda tanda kiamat lainnya
  • sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  • kemusnahan/runtuhnya ka'abah
  • tulisan Al-Quran akan lenyap
  • sangka kala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  • tiupan sangka kala yang kedua akan membuat semua makhluk yang hidup mati dan yang ketiga membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain,akan Ku buatkan tempat disyurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan bbm,promote,bc yang terlalu penting tapi bila kirim berkaitan ibadah mesti pikir 2x

Allah SWT berfirman :
"Jika engkau lebih mengejar duniawi drpd mengejar dekat denganKu maka aku berikan,tapi AKU akan menjauhkan kalian dari syurgaku"

Itulah yang dimaksudkan dajjal yang bermata satu: ertinya hanya memikirkan duniawi drpd akhirat. Kerugian meninggalkan solat :-
  • Subuh :- cahaya wajah akan pudar
  • zohor :- berkat pendapatan akan hilang
  • asar :- Kesihatan mulai terganggu
  • magrib :- pertolongan anak akan jauh diakhirat nanti
  • isyak :- kedamaian dalam tidur sukar didapatkan 
Sebarkan dengan ikhlas.tiada paksaan dalam agama.Niatkan ibadah (sebarkan ilmu walau 1 ayat)

NASIHAT kubur :-
  • aku adalah tempat yang paling gelap diantara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
  • aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHMI
  • aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak membaca AL-QURAN
  • aku adalah tempatnya binatang binatang yang menjijikkan maka racuni ia dengan amal SEDEQAH
  • aku yang menyempitkanmu hingga hancur bilamana tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
  • aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit,bebaskan rendaman itu dengan PUASA
  • aku adalah tempat munkar dan nakir bertanya,maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucap kalimah LAILAHAILALLAH
kirim ini seikhlasmu dan semampumu kpd sesama muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 orang..
  • kerana saat kamu membawa AL-QURAN ,syaitan hanya biasa biasa saja
  • saat kamu membukanya syaitan mula curiga
  • saat kamu membacanya syaitan mula gelisah
  • saat kamu memahaminya ia kejang kejang
  • saat kamu mengamalkan al-quran dalam sehari hari, ia stroke
terus dan terus membaca dan amalkannya agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
ketika anda ingin menyebarkan lagi lagi syaitan akan mencegahnya.

Syaitan berbisik :-
"sudahlah tak payah diSEBARKAN tak penting pun BUANG MASA je tak mungkin akan dibaca"

sekecil apapun amal ibadah Allah SWT menghargai puluhan kai ganda ..

Renung-renungkan dan selamat beramal..  Wallahualam~
Sekian sahaja aku nak sambung bertanam dan berpetik serta memakan dan menjual *kalau laku* anggur .. hahaa byee 






Terima kasih kerana membaca entry di atas..Entry di atas hanyalah cerita yang terjadi dalam hidup saya,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal..Kalau terasa,sorry..Peacee XD